PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
5.2 KONSEP NEGARA DAN BANGSAš
KONSEP NEGARA BANGSA
Negara bangsa ialah satu
konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan
menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah
(unit) wilayah yang berdaulat.
Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya.
Sebuah dunia
dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan
nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman
nasionalisme.
Negara-bangsa
dan bangsa Malaysia menarik perhatian pelbagai pihak, lebih-lebih lagi setelah
Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengemukakannya pada tahun
1991.
Rajah diatas adalah Perdana Menteri malaysia yang ke-4 dan ke-7
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: Ł ŲŲ¶ŁŲ± ŲØŁ Ł ŲŁ ŲÆ, dilahirkan pada 20 Disember1925). Beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu.
Untuk mengatahui biodata Tun M , boleh
klik di link ini ;
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/13/tun-dr-mahathir-bin-mohamad/
Sejak konsep Bangsa Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia
keempat, Dr Mahathir Mohamad, perdebatan dan perbincangan mengenainya tidak
pernah terhenti.
Retorik menyokong atau mempersoalkan konsep Bangsa Malaysia berterusan dalam era Malaysia Baharu di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh.
Buku Negara-bangsa menjelaskan
persoalan ini dan menyumbang kepada wacana mengenai negara-bangsa dengan
memberi tumpuan kepada maksud konsep 'bangsa' serta pelbagai isu berkaitan proses pembinaan bangsa
Malaysia.
Dengan mendefinisikan bangsa sebagai
"satu komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang dipertautkan melalui
perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, budaya dan bahasa bersama serta
perasaan sebangsa dan nama kolektif bersama".
KONSEP NEGARA
Negara
merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan
adanya kerajaan yang memerintah.
Antara
ciri-ciri utama pembentukan sesebuah Negara adalah adanya penduduk, sempadan,
kerajaan dan kedaulatan. Sesebuah Negara juga memiliki sistem politik yang
ditegakkan oleh sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan yang sah dan
diiktiraf oleh pihak luar.
Secara ringkasnya untuk membentuk sebuah Negara perlu mepunyai elemen-elemen berikut ;-
KONSEP BANGSA
Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia.
Walaupun pelbagai teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut, elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa. Maka dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah Negara.
Istilah “bangsa” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai lima definisi.
Bagaimanapun, hanya dua versi “bangsa” yang lazim digunakan secara umum.
- Yang pertama adalah merujuk kepada asal keturunan dan mempunyai maksud yang serupa dengan “kaum” atau “etnik”
, contohnya seperti bangsa Melayu dan bangsa Iban.
“Bangsa” dalam versi ini biasanya diterjemahkan sebagai “race” dalam Bahasa Inggeris.
Satu lagi maksud “bangsa” yang sering digunakan pula merujuk kepada, memetik ayat dari Kamus Dewan, “kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan”. Contoh seperti Bangsa Malaysia dan Bangsa Indonesia.
o https://www.malaysiakini.com/news/484613
untuk maklumat lebih lanjut tentang apa yang dikemukakan oleh TUN M
Selain itu, terdapat pula pengertian yang berbeza-beza tentang konsep Bangsa Malaysia. Ada yang melihat 'Bangsa Malaysia' secara legalistis dengan menghubungkannya dengan konsep 'warganegara', manakala ada yang melihatnya sebagai 'ras'.
❤ Kehidupan masyarakat dalam Negara adalah bersatu padu tanpa berlaku pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain. video dibawah menmbawa maksud bangsa malaysia ; |
❤ Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simbol-simbol keutuhan seperti; ❤ Bendera Malaysia
❤ Lagu
kebangsaan ❤ Rukun Negara
|
❤ Semua bangsa dan
kaum berkongsi pegangan kpd suatu ideologi politik
|
❤ Setiap warganegara
mempunyai kepercayaan dan kenyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan
undang-undang Negara. |
untuk sambungan 5.3Konsep dan Pembentukan Negara danBangsa dalam acuan Malaysia boleh klik di link dibawah ;
https://nazirahanis02.wixsite.com/peradaban
NAMA AHLI KUMPULAN:(K3)
1.RABIATUN ADAWIYAH BINTI AZHAR ( 14DPM20F1028 )
2. NUR FATIN SYAZWANI BINTI RASUL ( 14DPM20F1011 )
3. NUR FATIHAH BINTI KAMARUZAMAN ( 14DPM20F1022 )
4. NUR IZZAYANI BINTI HASHIM ( 14DPM20F1026 )
Comments
Post a Comment