PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
5.1 Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan negara bangsa
Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia adalah hasil gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu.
Didahului oleh peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdiri daripada peradaban India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Ia berkembang dengan pengaruh oleh ‘peradaban globalisasi’. Pembinaan peradaban berindentitikan Malaysia bermula dengan Persekutuan Tanah Melayu 1957, diikuti dengan :
Sejarah Di Alam Melayu
1. Peradaban Pribumi Alam Melayu
Tamadun Melayu
ialah tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat yang berbudaya Melayu.
Sosiobudaya mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik manakala dari segi
politik pada masa lampau terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno.
Peradaban Melayu berasal daripada penduduk Asia Tenggara :
Pertuturan mereka dalam keluarga ialah bahasa
Melayu-Indonesia. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca.
Kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing, masyarakat Melayu telah mengalami perubahan terhadap pengembangan bahasa Melayu. Imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang dikenali sebagai kawasan strategik antara Timur dan Barat, pusat perdagangan dan aktiviti keagamaan. Hasil daripada pertembungan ini, memperlihatkan kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka berlakulah penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai bahasa dan budaya contohnya :
2. Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah)
Kedatangan masyarakat India, Cina dan Pedagang Arab dari Timur Tengah telah membawa kepelbagaian adat, budaya dan pegangan agama. Ia merupakan satu keistimewaan yang ada pada negara ini namun perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa dapat dikukuhkan setiap masa.
Kedatangan mereka ke Malaysia adalah hasil usaha pihak penjajah yang membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi. Apabila tiba di Malaysia, mereka bertembung dengan peradaban tempatan termasuk peradaban barat dan Melayu.
Peradaban Asia iaitu peradaban India dan Cina yang ada di Malaysia masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan tempatan. Dalam aspek keagamaan pula terdapat dikalangan bangsa India dan Cina yang memeluk agama Islam, namun bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehidupan mereka.
3. Peradaban Barat
Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang berlaku tidaklah ketara kerana tempoh kependudukan British dalam negara di Nusantara ini tidak lama, namun pengaruh corak masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun tidak mendalam. Kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ini telah bermula selepas tumbuhnya peradaban Islam di rantau ini.
Semasa pemerintahan British, penyebaran agama Kristian di Tanah Melayu pada zaman tersebut tidaklah begitu ketara. Beberapa kawasan penempatan awal British dapat dilihat melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti di Pulau-Pinang, Melaka dan Singapura.
Di Tanah Melayu, pengaruh peradaban Barat banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi-institusi sosial sahaja. Namun begitu ajaran Islam tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan. Antara pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu :
Ini semuanya dinikmati oleh masyarakat bukan melayu yang tinggal di bandar-bandar terutamanya para pegawai British dan peniaga Cina.
iv. Peradaban Globalisasi
Globalisasi ialah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat. Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan, perkembangan teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan telefon pintar yang mempunyai talian internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa seperti Facebook, WhatsApp dan lain-lain.
Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasuklah perkembangan bidang ilmu dan pemikiran Perkembangan peradaban global ini turut menjadi penyumbang kepada pembentukan peradaban majmuk di Malaysia.
PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA
Kemerdekaan Malaysia tanggal 31 Ogos 1957 merupakan asas kepada kemunculan peradaban bangsa-negara.
Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60 tahun merupakan satu jangka masa yang panjang namun di sebalik tempoh tersebut, negara didakwa masih gagal dalam menjayakan proses pembentukan negara bangsa.
Usaha ini perlu diteruskan sebagai meneruskan perjuangan tokoh kemerdekaan negara untuk melihat bangsa Malaysia wujud dan bersatu dalam suasana yang harmoni dan damai.
Pihak berwajib perlu memainkan peranan mereka agar ruang-ruang memecahbelahkan keamanan negara bangsa dapat dikawal dan akhirnya tidak merebak hingga berlaku rusuhan seperti yang telah berlaku pada 31 Mei 1969.
Comments
Post a Comment