PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
5.2 KONSEP NEGARA DAN BANGSA💕 KONSEP NEGARA BANGSA Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme. Negara-bangsa dan bangsa Malaysia menarik perhatian pelbagai pihak, lebih-lebih lagi setelah Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengemukakannya pada tahun 1991. Rajah diatas adalah Perdana Menteri malaysia yang ke-4 dan ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ( Tulisan Jawi : م...